Thursday, January 29, 2009

Apa itu k-Car!!??

K-car ataupun disebut juga kereta kompak. K-Car bermaksud kereta penumpang kecil keluaran negara Jepun atau dalam bahasa inggerisnya ‘Small Japanese Passenger Car’. K-Car dalam bahasa Jepun disebut keijidousha atau lebih dikenali di Malaysia sebagai kereta kompak. Ia merupakan kereta penumpang bersaiz kecil seperti juga truck. Ianya khusus (hanya) dijual di negara Jepun kerana padanya ada terdapat keistimewaan pada bayaran cukai dan insurans yang dikenakan. Tiada ruangan tempat letak kereta yang dikhaskan pada kereta-kereta Kei-Car untuk meletak kereta. Kereta Kei-car boleh didapati dengan enjin berkuasa turbo (turbo charged), transmissi automatic, pacuan 4 roda juga terdapat yang mengunakan versi Hybrids.

Di bawah adalah peraturan-peraturannya secara ringkas mengenari K-Car untuk anda ketahui ** terdapat beberapa kali pertukaran peraturan berlaku Julai 1949 - telah diperkenalkan peraturan yang pertama berkaitan K-Car Julai 1950 - sebanyak 26 jenis pertukaran utama telah dibuat Ogos 1951 - 16 jenis pertukaran ringan dibuat lagi April 1955 - sebanyak 4 pertukaran diperkenalkan namun ianya pertukaran ringan sahaja Jan 1976 - hanya satu pertukaran utama (major) dilakukan Jan 1984 - 'medium charge' dilaksanakan Pada 1hb Oktober 1988 - diperkenalkan peraturan yang digunapakai sehingga ke hari ini Panjang kenderaan : 3.4m atau kurang Lebar kenderaan : 1.48m atau kurang Tinggi kenderaan : 2m atau kurang Jumlah anjakan (displacement) : 600cm3 atau kurang

Tetapi pada masa sekarang K-car ini bukan sahaja boleh didapati di Jepun, tetapi di negara-negara Eropah, Amerika dan termasuklah negara kita, Malaysia.

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke blog AeryXY Motorsports. Blog ini khusus untuk peminat k-kar di Malaysia, khususnya bagi model Perodua Kancil dan Daihatsu Mira. Blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dengan peminat kereta bersaiz kompak dari segi model-model Mira, pengubahsuian body kit Mira sehingga lah kepada pengubahsuaian enjin, khas buat peminat yang mementingkan 'performance'!!